Recent Posts

Friday 29 June 2012

PUISI ( Menanti Jawaban )

   Seandainya kata bisa bicara
   lebih jelas dari hanya sekedar kata
   mungkin aku tak perlu membuat puisi cinta..

   Maka izinkanlah goresan tinta
   bicara lebih banyak tentang apa yang tersimpan
   tentang rasa yang ada dalam dada..








Jenis & Fungsi Cakra Tubuh


CAKRA AJNA

Cakra ini terletak di antara kedua-dua alis mata. Tugasnya mengendalikan dan memberikan tenaga kepada kelenjar hipofisis, kelenjar endokrin dan sampai batas tertentu memberikan tenaga ke otak. Ia juga disebut Cakra Master/Cakra Induk kerana mengendalikan cakra utama yang lain selain mempengaruhi mata dan hidung. Ganguan fungsi cakra ini bermanfestasi kepada penyakit yang berkaitan dengan kelenjar endokrin seperti diabetis. Pengubatan diabetis tidak hanya memerlukan rawatan Cakra Solar Plexus (mengendalikan Pankreas) bahkan boleh dirawat melalui Cakra Ajna. Pemberian tenaga kepada Cakra Ajna menyebabkan tubuh juga diberikan tenaga. Pemberian tenaga kepada Cakra Ajna tidak menimbulkan kesan sampingan bahkan mendorong cakra lain aktif. Sebab itu dalam perubatan Islam penyembuh akan menyentuh Cakra Mahkota atau Cakra Ajna dengan tapak tangan bertujuan untuk memberi tenaga penyembuhan.


CAKRA JANTUNG
Cakra Jantung terbahagi kepada dua iaitu :Cakra Jantung Depan dan Cakra Jantung Belakang. Cakra Jantung Depan terletak bahagian tengah dada. Tugasnya mengendalikan dan memberikan tenaga kepada jantung, kelenjar dan sistem peredaran darah. Gangguan fungsi Cakra Jantung Depan akan menyebabkan penyakit jantung dan masalah peredaran darah. Gangguan Cakra Solar Plexus juga menyebabkan Cakra Jantung Depan dan jantung fizikal terganggu fungsinya. Cakra Jantung Depan berhubung erat dengan Cakra Solar Plexus Depan melalui beberapa saluran bioplasmik yang besar dan sehingga batas tertentu juga diberi tenaga oleh Cakra Solar Plexus Depan. Pesakit dengan penyakit jantung biasanya mengalami gangguan fungsi Cakra Solar Plexus Depan.
Cakra Jantung Belakang terletak di bahagian belakang jantung. Ia mengendalikan dan memberikan tenaga kepada paru-paru dan pada tingkatan yang lebih rendah juga mengendalikan dan memberikan tenaga kepada jantung dan kelenjar. Gangguan fungsi Cakra Jantung Belakang akan bermanifestasi sebagai penyakit paru-paru dan asma, batuk kering dan lain-lain. Pemberian tenaga kepada jantung dilakukan melalui Cakra Jantung Belakang. Pemberian prana kepada Cakra Jantung Depan dengan segera akan memberikan tenaga kepada jantung fizikal. Namun tenaga/prana tersebut cenderung akan berkumpul atau tidak menyebar dengan mudah ke bahagian tubuh yang lain. Hal ini menyebabkan sekatan prana/ lebihan prana yang serius. Kerana itu, tidak digalakkan memberikan tenaga dengan kuat kepada Cakra Jantung Depan untuk jangka waktu yang lama. Sepatutnya pemberian tenaga dilakukan melalui Cakra Jantung Belakang yang tidak memiliki pengaruh setempat terhadap jantung fizikal. Lebihan prana dengan mudah dapat mengalir ke paru-paru dan bahagian tubuh lainnya. Seluruh tubuh mendapat tenaga melalui Cakra Jantung Belakang.


CAKRA MAHKOTA
Cakra Mahkota terletak di puncak kepala. Cakra ini mengendalikan dan memberikan tenaga kepada kelenjar pineal, otak dan seluruh tubuh. Cakra ini Cakra Mahkota merupakan salah satu tempat masuk utama prana. Pemberian tenaga kepada Cakra mahkota mempunyai pengaruh seperti pemberian tenaga ke seluruh tubuh. Sebab itu beberapa penyembuh memberikan tenaga/prana kepada Cakra Mahkota walaupun bahagian yang sakit itu di tempat lain. Ganguan kepada cakra ini bermanifestasi kepada penyakit fizikal dan psikologi.



CAKRA PUSAT
Cakra ini terletak di pusat. Tugasnya mengendalikan dan memberikan tenaga kepada usus kecil, usus besar dan usus buntu. Cakra ini memepengaruhi keperluan selera umum seseorang. Gangguan Cakra Pusat bermanifestasi kepada penyakit sembelit, radang usus buntu, kesulitan melahirkan anak, keperluan selera rendah dan penyakit lain berhubung dengan penyakit usus.
Tenaga prana yang dihasilkan oleh Cakra Pusat ini antara lain adalah prana udara, prana bumi, prana merah dan beberapa jenis prana yang lain. Tugas Cakra Pusat mempengaruhi seseorang untuk menarik masuk dan mengagihkan prana. Selama situasi cuaca buruk, jumlah prana udara sangat sedikit. Individu dengan Cakra Pusat yang kurang aktivitinya akan mempunyai kesulitan lebih besar dalam menarik prana udara kerana mereka cenderung merasa lelah, penat ataupun murung daripada manusia biasa.