CAKRA AJNA
Cakra ini terletak di antara
kedua-dua alis mata. Tugasnya mengendalikan dan memberikan tenaga kepada
kelenjar hipofisis, kelenjar endokrin dan sampai batas tertentu memberikan
tenaga ke otak. Ia juga disebut Cakra Master/Cakra Induk kerana mengendalikan
cakra utama yang lain selain mempengaruhi mata dan hidung. Ganguan fungsi cakra
ini bermanfestasi kepada penyakit yang berkaitan dengan kelenjar endokrin
seperti diabetis. Pengubatan diabetis tidak hanya memerlukan rawatan Cakra
Solar Plexus (mengendalikan Pankreas) bahkan boleh dirawat melalui Cakra Ajna.
Pemberian tenaga kepada Cakra Ajna menyebabkan tubuh juga diberikan tenaga.
Pemberian tenaga kepada Cakra Ajna tidak menimbulkan kesan sampingan bahkan
mendorong cakra lain aktif. Sebab itu dalam perubatan Islam penyembuh akan
menyentuh Cakra Mahkota atau Cakra Ajna dengan tapak tangan bertujuan untuk
memberi tenaga penyembuhan.
CAKRA JANTUNG
Cakra Jantung terbahagi kepada dua iaitu :Cakra Jantung Depan dan Cakra
Jantung Belakang. Cakra Jantung Depan terletak bahagian tengah dada. Tugasnya
mengendalikan dan memberikan tenaga kepada jantung, kelenjar dan sistem
peredaran darah. Gangguan fungsi Cakra Jantung Depan akan menyebabkan penyakit
jantung dan masalah peredaran darah. Gangguan Cakra Solar Plexus juga
menyebabkan Cakra Jantung Depan dan jantung fizikal terganggu fungsinya. Cakra
Jantung Depan berhubung erat dengan Cakra Solar Plexus Depan melalui beberapa
saluran bioplasmik yang besar dan sehingga batas tertentu juga diberi tenaga
oleh Cakra Solar Plexus Depan. Pesakit dengan penyakit jantung biasanya
mengalami gangguan fungsi Cakra Solar Plexus Depan.
Cakra Jantung Belakang terletak di bahagian belakang jantung. Ia
mengendalikan dan memberikan tenaga kepada paru-paru dan pada tingkatan yang lebih
rendah juga mengendalikan dan memberikan tenaga kepada jantung dan kelenjar.
Gangguan fungsi Cakra Jantung Belakang akan bermanifestasi sebagai penyakit
paru-paru dan asma, batuk kering dan lain-lain. Pemberian tenaga kepada jantung
dilakukan melalui Cakra Jantung Belakang. Pemberian prana kepada Cakra Jantung
Depan dengan segera akan memberikan tenaga kepada jantung fizikal. Namun
tenaga/prana tersebut cenderung akan berkumpul atau tidak menyebar dengan mudah
ke bahagian tubuh yang lain. Hal ini menyebabkan sekatan prana/ lebihan prana
yang serius. Kerana itu, tidak digalakkan memberikan tenaga dengan kuat kepada
Cakra Jantung Depan untuk jangka waktu yang lama. Sepatutnya pemberian tenaga
dilakukan melalui Cakra Jantung Belakang yang tidak memiliki pengaruh setempat
terhadap jantung fizikal. Lebihan prana dengan mudah dapat mengalir ke
paru-paru dan bahagian tubuh lainnya. Seluruh tubuh mendapat tenaga melalui
Cakra Jantung Belakang.
CAKRA MAHKOTA
Cakra Mahkota terletak di puncak
kepala. Cakra ini mengendalikan dan memberikan tenaga kepada kelenjar pineal,
otak dan seluruh tubuh. Cakra ini Cakra Mahkota merupakan salah satu tempat
masuk utama prana. Pemberian tenaga kepada Cakra mahkota mempunyai pengaruh
seperti pemberian tenaga ke seluruh tubuh. Sebab itu beberapa penyembuh
memberikan tenaga/prana kepada Cakra Mahkota walaupun bahagian yang sakit itu
di tempat lain. Ganguan kepada cakra ini bermanifestasi kepada penyakit fizikal
dan psikologi.
CAKRA PUSAT
Cakra ini terletak di pusat. Tugasnya mengendalikan dan memberikan tenaga
kepada usus kecil, usus besar dan usus buntu. Cakra ini memepengaruhi keperluan
selera umum seseorang. Gangguan Cakra Pusat bermanifestasi kepada penyakit
sembelit, radang usus buntu, kesulitan melahirkan anak, keperluan selera rendah
dan penyakit lain berhubung dengan penyakit usus.
Tenaga prana yang dihasilkan oleh Cakra Pusat ini antara lain adalah prana
udara, prana bumi, prana merah dan beberapa jenis prana yang lain. Tugas Cakra
Pusat mempengaruhi seseorang untuk menarik masuk dan mengagihkan prana. Selama
situasi cuaca buruk, jumlah prana udara sangat sedikit. Individu dengan Cakra
Pusat yang kurang aktivitinya akan mempunyai kesulitan lebih besar dalam
menarik prana udara kerana mereka cenderung merasa lelah, penat ataupun murung
daripada manusia biasa.